Tuesday, May 13, 2014

MEE REBUS Mak Teh



Ingredient :

Bahan utama & hiasan :
1 kg mee kuning (dicelur)
300 gm tauge
2 tangkai daun sup (dihiris)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
8 biji cili merah (dihiris)
4 keping tauhu goreng (dihiris)
Sedikit bawang goreng
6 biji telur (dibelah)
6 biji limau kasturi (dibelah).

Bahan tumis :
6 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering


Bahan Kuah:
300 gm daging (cincang)
200 gm tetel (direbus) - use as stock
300 gm keledek (direbus) - if you want
200 gm udang  kering (ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
½ cawan minyak masak
Garam, gula & air secukupnya


Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan/Saute bahan tumis yang dah di blender halus  hingga garing.
Masukkan daging cincang, tetel  (jadikan soup stock ) & udang.
Gaulkan supaya bercampur rata. Tambah air to rebus the bahan.
Kemudian masukkan kacang tanah, air, garam & gula.
Kacau selalu supaya tidak hangit. Bila sudah masak bolehlah diangkat.


Cadangan Hidangan:
Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk.
Bubuhkan serba sedikit tauge, telur rebus, tauhu goreng, limau kasturi, cili merah, daun sup & daun bawang. Kemudian tuangkan kuah panas hingga penuh. Taburkan bawang goreng.

Enjoyyy..!!!

...